Sunday, June 7, 2009
Friday, June 5, 2009
Menginjak Usia 17
Bismillah..
Alhamdulillah..akhirnya ana balik juga ke teratak Bait ar-Rahman ni..setelah 5 minggu tak pulang..cuti yang pada asalnya ada 2 minggu cuma berbaki seminggu..alhamdulillah ana diberi peluang untuk menyertai Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke-7 di Kem Pengakap Bukit Katil, Melaka pada 30 Mei - 4 Jun..peringkat antarabangsa..yang itu ana cerita kemudian..insya'Allah..panjang ceritanya tu..
Alhamdulillah..jam 12 tengah malam tadi..usia ana bertambah setahun..walaupun tengah tidur masa tu..hehe..
Bersyukur yang amat sangat kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah untuk menjadi khalifah di bumiNya..dan masih dalam keadaan sihat wal afiat..dapat tunaikan amanah yang masih banyak menuntut pengorbanan..perjuangan sebagai seorang pelajar..SPM 2009..insya'Allah..doakan ana..agar dapat mengulang kembali kecemerlangan dalam PMR 2007..SPM 2009..11A..insya'Allah..walaupun ana cuma disasarkan untuk dapatkan 8A 3B..ana tetap mahukan yang terbaik..dan insya'Allah ana mampu..selagi masih ada kekuatan dalam diri ana untuk mujahadah..memang payah..tapi ana akan pegang kata-kata ustaz..susah payah kami dalam menghadapi SPM ni bakal memudahkan kita sepanjang hayat..sebab SPM tu dalam kata lainnya ialah Sijil Penentu Masa depan..doakan ana..
Sekali lagi ana bersyukur..ucapan terima kasih yang tak terhingga buat mama, abah, ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang banyak mendewasakan diri dengan pengalaman hidup yang tak ternilai..pengalaman-pengalaman dengan kalian itulah yang banyak mengajar ana erti perjuangan..hidup sebagai seorang pejuang..kadang-kadang jatuh tersungkur..syukur masih ada tangan yang sanggup menghulurkan bantuan..kemudiannya berjalan seiring walau terpaksa menempuh onak dan duri..ana sangat hargai..hanya Allah yang mampu membalasnya..jazakumullahu khaira jaza'..
Hadiah yang ana dapat? yang wajib..sememangnya buku..tadi ke alamanda..pergi MPH..tanya information counter..pemegang MRC card dapat diskaun 15% for all books on our birthday..hehe..so..apa lagi..satu family..and we've spent above RM 200 for the books..huhu..itu pun dah tolak diskaun..first time borong kat MPH dengan buku sebanyak itu..tp buku ana 3 buah je..nanti ana buat review kalau sempat..insya'Allah..
Perancangan cuti sepanjang 2 minggu..
30/5 - 4/6 - Jambori Pengakap Melaka
5/6 - Menginjak usia 17
6/6 - Walimah di Ipoh, Perak
7/6 - 8/6 - Rehlah dengan keluarga
9/6 - Jumpa kawan-kawan lama
10/6 - 11/6 - Balik Kedah..insya'Allah.
12/6 - Masa untuk buat persiapan balik..hehe..
13/6 - Walimah Abang Ngah di Melaka
14/6 - Balik asrama
Hmm..macam padat..tapi yang paling penting..kena siapkan modul cuti terancang! hehehe..alhamdulillah ana dah berjaya siapkan beberapa subjek sebelum cuti..so..tinggal 70%..apa pun, kena siapkan jugak..sejak balik semalam ana belum buka..so tomorrow..i'll start working on it..
Last but not least..happy holiday..and manage your holiday correctly~
"Masa itu ibarat pedang..jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotongmu.."
Teratak Bait ar-Rahman
Saujana Impian, Kajang
11:48 PM @ 5 Jun 2009
(alhamdulillah berjaya juga update blog ni setelah sekian lama tak update..hehehe..)
Wednesday, March 18, 2009
Weekend At My Hometown
Bismillah..
Direct to the point.. Ana malas nak update.. Huhu.. Jadi kali ni ana nak biar foto-foto di bawah berbicara.. Lama tak suruh gambar-gambar bercakap.. Hehe.. Ok.. Let's see what I did last weekend when I came back to my beloved hometown in Alor Setar, Kedah..
Tujuan balik :
Tok ana jatuh.. Her leg injured.. Apa yg menarik ialah.. I applied my biological knowledge when viewing the x-ray of my grandmother's leg.. Haha.. What happened is.. Patella (tulang lutut) tok ana patah, tak bersendi dengan tulang tibia.. Sapa yg paham tu pahamlah.. So kaki tok kena simen..
The 2nd reason.. Balik sebab nak ambik Kak In (my house maid) kat Penang.. Sambil jalan-jalan cari makan kat Padang Kota.. Dah lama tak jalan-jalan kat tempat ana belajar meniarap, merangkak bertatih dan berjalan.. :)
At Padang Kota..
Sotong kangkung.. One of my family's favourite..
Ana dengan Angah berlatarbelakangkan laut..(Thanks Allah..angah dah mula 'pinjam' tudung2 ana dan pakai stokin..moga angah istiqamah!)
At Shahab Perdana, Mergong.. Alhamdulillah akhirnya dapat gak merasa makan Radix Fried Chicken.. (sedangkan dah pernah makan masa usrah dengan ummi..hehe..muslimin yang tak datang masa tu memang rugi..huhu..) Apa pun, goreng sendiri lagi sedap kot? Makan panas-panas.. Beli tepung RFC dengan ayam organik dekat stokis HPA..
Yang ana nanti-nantikan.. Radix Fried Chicken!
Muaz looking at the RFC buliding..4:10 PM
18/03/2009
Thursday, January 29, 2009
Wednesday, January 28, 2009
Perjuangan Dengan Mata Pena
Bismillah..
Rindu pada pelangi. Dia!~
Seketika saya teringat kembali detik pertemuan kami di laman maya. Waktu itu kami masih mentah - pelajar sekolah menengah di tingkatan 2. 3 tahun dulu. 3 tahun juga dah berlalu. Dia di Johor. Saya di Selangor. Jarak yang mendekatkan hati kami.
Naik tingkatan 3. Saya mula menjinakkan diri dalam dunia penulisan terutama selepas mengenali seorang insan yang menjadi tunjang penulisan dalam diri saya. Jazakillah, Kak Ummu. Tahun itu juga tahun saya menduduki peperiksaan PMR. Saya tetap menulis. Walhal sibuk sekalipun dengan persiapan menghadapi PMR. Sampai satu ketika saya terabaikan dia. Saya tak sedar sehinggalah emel yang panjang berjela daripada dia masuk ke kantung inbox saya. Kemudian saya balas dengan lebih panjang lagi. Isinya cuma berkisar tentang minat kami yang sama - penulisan kreatif selain daripada hambatan masa dan tanggungjawab yang agak menjarakkan hubungan kami buat seketika.
Dia pernah kata saya sahabatnya yang lebih dia sayangi daripada teman-teman sekolahnya sedangkan kami belum pernah bertentang empat mata - ya, sampai ke saat ini belum pernah. Entah kenapa. Tapi saya yakini keikhlasan hatinya bersahabat dengan saya. Seingat saya, sahabat saya di sekolah pun pernah mencemburui hubungan kami. Mungkin kerana minat kami yang sama. Dan pada tahun itu juga kami sama-sama tekad berjuang dengan mata pena yang tajamnya lebih tajam daripada pedang.
Hasrat saya menyiarkan karya terkubur sekian lamanya. Hampir setahun. Mungkin dek kesibukan persiapan pindah ke Kajang dan kenduri pakcik pada penghujung tahun 2007 tu. Disambung pula dengan kekangan masa di asrama sejak Februari 2008. Tapi saya tahu perkara-perkara sebegitu tak sepatutnya dijadikan alasan.
Saya di asrama. Dia di rumah. Sedar tak sedar dia dah terlalu jauh tinggalkan saya. Puisi-puisinya dah beberapa kali tembus media cetak. Bukan sekali dua. Tapi berkali-kali. Bermula di Dewan Siswa, Nukilan @ Ikim.fm malah akhbar Mingguan Malaysia. Aduh!~ Cemburu yang bagus buat diri. Dan cemburu itu semakin bertambah apabila dia melayakkan diri menyertai Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (MPR '08). Apa pun, saya yakin yang dia sentiasa ingat - kami melangkah bersama suatu masa dulu. Saya kagum dengan dia. Punya sahabat seperti dia membuatkan saya berasa rendah diri. Dia pemuisi hebat. Dia bakal hafizah. Dia mantan MPR '08. Dan dia bakal doktor - Insya'Allah.
Tadi petang saya baharu baca entri dia tentang MPR di sini. Entri itulah yang mendorong saya menulis pada malam ini.
Tekad saya - sejambak puisi sebelum kembali berjuang Ahad ini!~ Mudah-mudahan dipermudahkan urusan.
Buat dia, Raehan Intisor : Teruskan perjuangan nti dalam bidang penulisan walau dihambat masa dan tanggungjawab lebih-lebih lagi dah jadi penghuni asrama. Ketahuilah nti kini akan kesibukan seorang pelajar asrama. Hehe.. Tapi ingat, sentiasa jadikan pena dan kertas sebagai teman! (nasihat untuk diri ana juga..) Nti daiman fi du'ai~
Wardah Imtiyaz
Saujana Impian, Kajang.
30/01/2009
Dakyah Mereka
Teringat satu malam..masa kuliah pelajar di surau sekolah ana..alkisah pengerusi Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dijemput bagi kuliah..kalian boleh baca artikel di bawah..kisah yg dialami oleh tuan punya badan sendiri..masya Allah..licik sungguh dakyah musuh Islam yang nak menjatuhkan Islam..diselitkan lagi dengan tazkirah (peringatan) buat kami..insaf sejenak..
Jazakallah buat akh Syazwan..
DANGEROUS SLIPPER??
How does a pair of innocent looking slipper can be soo dangerous to us? This post might sound funny but wait till you see this (a picture is worth a thousand words...)...
So, have you found anything weird or something that is quite familiar on the surface of this slipper? Well, lets see some other magnified one of this pic~(its quite easy to notice though...)
So, have you found it? There are three things hidden in this picture. Firstly, the picture of a Mujahidin fighting with his serban, secondly and the most serious, the kalimah 'ALLAH'(its in the midlle of the circle); and thirdly, a picture of a soldier fighting with some kind of heavy looking weapon (Actually I'm still tring to figure out what is the third one is....).
Just imagine, I bought this slipper at a supermarket in Ampang for a price of only RM 3.50 . I'm buyin it for the purpose of entering the toilet at my hostel . On the second day I wore this slipper, pus (you call it nanah in Bahasa >.<) started to flow from my toes .The condition of my feet worsens untill i suddenly found out what is hidden on my slipper after a week later. I stopped using this slipper and that night (the day i found out about my slipper), I told everyone about this slipper. This is a very big humiliation towards Islam. Potraying the kalimah 'Allah' on a toilet slipper is an act that is not toralable. The involvements of some high profile supermarket in distributing this slipper is very disappointing. For the sake of Allah, how could some slipper like this permitted to be sold in high scales at a very cheap price.
Well, I really hope after reading this article, you as a Muslim will be more sensitive on what you buy or consume everyday. There are approximately more than 1.5 billion of Muslims in the world right now and if we can all use our consumer's power, the world's economy will be in our hand. Insya-allah.
Wallahua'lam
-This article is based on the true story of a student in SBPI Sabak Bernam-
Saturday, January 24, 2009
2009
Bismillah..
Catatan pertama untuk tahun 2009. Hari ni dah masuk hari ke 24 dalam tahun 29. Dan lagi 292 hari lagi untuk ke medan perjuangan. Hari ni.. Selamat menempuh usia 17 buat Hayatul Wirdah dan Haniz Iqbal, teman seperjuangan di bumi integrasi. Juga tak lupa buat adik satu bilik kesayangan, Zalikha Zainuddin. Selamat menempuh usia 16 dan selamat meneruskan perjuangan di alam menengah atas. 22 Januari lepas.. Sanah helwah ya jameel buat Akh Helmy! Kullu 'amin wa antum bialfu khair..
4 Januari.. Kembali ke asrama. 5 Januari.. Kembali ke sekolah. Kalian sedar atau tidak, tahun ni tahun akhir persekolahan kita. Kejayaan yang cemerlang dalam SPM pasti menuntut juhud wal ijtihad yang konsisten. Moga kita terus istiqamah! Menuju gerbang jaya. Sama-sama harumkan nama sekolah.
Permulaan tahun 2009. Alhamdulillah, Allah makbulkan hajat yang ana pinta sejak tahun lepas. Ketabahan hati meniti denai usia di asrama. Alhamdulillah. Moga berkekalan. Sepanjang 3 minggu sekolah, banyak cerita yang dah terpateri dalam memori. Memang kejayaan tu menuntut pengorbanan yang besar.
Tirai 2009 juga dibuka dengan tragedi pahit di Gaza. Kami pelajar-pelajar cuma mampu lakukan 3 perkara : sumbangan, boikot dan doa yang menjadi senjata orang mukmin. Ihzimhum wansurna 'alaihim. Itu pesan ustaz. Doa jangan pernah putus.
23 Januari. Kejohanan merentas desa sekolah. Alhamdulillah dapat juga mata. Syukran jazilan buat teman-teman dan guru-guru rumah yang bagi semangat masa larian. (pecut depan diorang je..hehe..) Tahniah kepada pemenang. Selamat bertanding dalam peringkat daerah pula. Jam 4.15 petang alhamdulillah ana selamat tiba di rumah. Puas tidur kepenatan dalam bas. (",)
Tapi jam 8 pagi tadi baru dapat jumpa abah. Baru balik kerja satu hari satu malam suntuk. Terus keluar sarapan di Sekamat. Masa nilah baru banyak cerita tentang 3 minggu di asrama :
1. Kerja rumah yang bertimbun macam gunung buku. Kena tarah sedikit demi sedikit.
2. Telefon awam di sekolah yang dah seminggu tak berfungsi sebab kabel dicuri entah manusia mana.
3. Cerita orientasi pelajar tingkatan 1.
4. Ana kena 'tindih' masa tidur kepenatan lepas Zuhur hari Ahad lepas. (lupa baca doa agaknya)
5. Latihan merentas desa 4 kali + kejohanan = 5 kali larian sejauh 7 km. (baru sedar ni tahun terakhir merentas desa..nak lari lagi boleh?)
6. P&P subjek Pendidikan Syariah Islamiah yang membuatkan 29 pasang mata pelajar celik tak pejam.
Dan banyak lagi..
Sampai rumah petang semalam. Malamnya, online kejap. Terkejut terima YM daripada pelangi ana : "Mabruk puisi dalam DS Januari!" Tak percaya tapi kena percaya jugak. Alhamdulillah. Karya pertama yang banyak kelemahan dah tembus media cetak. Ana akui puisi tu mungkin berkisar tentang diri ana sahaja. Sekadar luahan rasa yang mungkin patut diletak dalam simpanan peribadi. Puisi yang mementingkan diri sendiri. Tak ada mesej untuk pembaca. Banyak lagi kelemahan. Insya'Allah ana cuba perbaiki dalam karya seterusnya. (entah bila?) Apa pun, langkah baru bermula. Moga terus istiqamah menulis!
Azam? Hah, tahun ni banyak azam yang perlu dilunasi. Moga diberi kekuatan dan semangat dalam melaksanakannya. Yang penting tak lupa doa, usaha, istiqamah dan tawakkal.
Cukup setakat ni celoteh pertama ana dalam tahun 2009. Insya'Allah ada rezeki ana tulis lagi.
1:06 AM
Kajang.
Sunday, December 28, 2008
Salam Ma'al Hijrah
1430. Alhamdulillah.. Saat ana sedang menulis di ruangan blog ni, kita dah pun melangkah ke tahun baru hijrah.
Akhir dan awal tahun hijrah bagi ana kali ni ditemani kapas di mulut dan balutan di kaki. Kafarah dosa hujung dan awal tahun. Sama seperti tahun lepas. Dijangkiti demam selepas kenduri Pak Cik. Entah siapa-siapa yang menghantar virus demam masa tengah-tengah sibuk dalam majlis.
Alhamdulillah tirai 1429H ditutup dengan pengalaman yang banyak mengajar erti hidup. Moga ana melalui takah remaja dengan iman dan ihsan (doa Kak Ummu semasa hari lahir Jun lalu. Allah yubarik fiha). Setakat saat ini, terlalu banyak pengalaman pahit dan manis yang telah ana kongsi dengan kalian lewat catatan-catatan di blog walaupun jarang sekali (?) ana dapat menulis.
Kali ini insya'allah ana bakal berkongsi pengalaman pahit dan manis semasa bermalam di Negeri Sembilan dengan kalian. Pengalaman manis melihat sendiri adat-adat orang nogori dan pengalaman pahit yang dikongsi bersama 2 lagi sahabat.
Pengalaman manis. Alhamdulillah. Impian Yasmin nak bawa sahabat-sahabatnya ke kampung kelahiran ibu dan ayahnya tercapai jua. Biarpun cuma ana dan Nadia yang menyertai, cukuplah sekadar satu permulaan bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara kami. Pagi Khamis, ana dari Kajang menaiki komuter ke Seremban. Jalan-jalan sekitar Seremban dengan mereka, kemudian kami pulang ke rumah Yasmin hampir jam 4 petang. Keesokan harinya, kami bertolak pulang ke Jempol (kampung ayah Yasmin) selepas usai menjamah hidangan makan tengah hari yang enak. Dalam perjalanan kami sempat singgah di Kuala Pilah (kampung kelahiran ibu Yasmin). Alhamdulillah, kami tiba di Jempol kurang lebih jam 6.30 petang. Urus diri dan segarkan badan. Usai maghrib, kami dijemput menjamah hidangan makan malam. Masak lemak udang! (kegemaran ana ni) Dengan cendawan pun ada dalam lauk tu, menambah selera ana. Itu baru satu. Lauk ada banyak lagi. Gulai masak lemak + kicap = pedas tapi lazat! Alhamdulillah, kenyang. Usai makan, Yasmin sibuk nak mengasuh adik sepupunya, Iman Daniel yang baru 36 hari. Comel. Malamnya mereka berdua ni sibuk nak berinai. Ana tak boleh pakai inai di sekolah. Bukannya mereka boleh, tapi dibolehkan oleh mereka sendiri. Haha. Ana tak berani nak berdepan dengan warden. =) Kami tidur hampir jam 2 pagi. Esok paginya, kami santap mi goreng dengan kuih-muih sebagai sarapan. Habis sarapan, terus keluar dari rumah. Nak ke sawah bendang di kampung sebelah. Tengok saudara-mara Yasmin pergi memancing. (ikan puyu je?) Mula-mula jalan kaki. Jauh juga. Lepas tu dapat motor. Haha. Ni dah masuk pengalaman pahit..
Hmm.. Malas nak bercerita panjang. Senang cerita macam ni lah. Kami ronda-ronda keliling kampung + bendang dengan motor. 3 orang satu motor. Lepas puas ronda, kami patah balik ke tempat mereka memancing. Tapi mereka dah balik. Kami pun nak balik. Dalam perjalanan balik, ada 2 lelaki bermotor ikut kami dari belakang. Makin lama makin dekat. Dah dekat..aduh! Gerun pula nak cerita. Kesimpulannya, kami diragut penagih dadah di tengah-tengah bendang! Yang diragut : kamera di tangan Nadia. Walau apa pun, kami masih bersyukur. Alhamdulillah. Cuma cedera ringan (penyebab kaki dibalut) dan mujur kami jatuh sebelum motor. Doktor tak bertauliah tu (baca : penagih dadah) tak berhentikan motor mereka dan buat apa-apa yang tak patut. Renung-renungkanlah. 3 orang anak dara yang bertudung litup pun boleh diragut. Apatah lagi..(sambung sendiri).
Pengalaman hujung tahun. Moga cepat sembuh sebelum sekolah dibuka! ShafanaLLAH shifaan ajila..
Buat semua,
SALAM MA'AL HIJRAH 1430H! MOGA BERTAMBAH IMAN DAN AMAL SEIRING BERTAMBAHNYA USIA.
9:27 PM
Saujana Impian, Kajang.
Monday, December 22, 2008
Rehlah Hujung Minggu
Awal bismillah pembuka bicara..
Minggu ni alhamdulillah banyak kisah yang menarik untuk dikongsi..
Jumaat lepas..19hb Dis..mama ajak ke reunion kawan-kawan lama dia di Kelana Jaya..kawan-kawan mama masa ana tak wujud lagi..belum kenal abah pun..hehehe..kawan-kawan mama masa A-level di UK..masa mama umur 18 tahun..past 23 years..aha..seronok tengok mama seronok..mama kata macam jadi budak-budak balik.. =)
Sabtu pulak..pagi-pagi semua keluar..abah tinggalkan ana dgn mama di Jalan Raja Laut..buat x-ray di x-ray centre kat situ..untuk apa? (just keep it as secret buat masa ni..hehehe..)..balik dgn mama naik LRT dr stesen Bandaraya..transit di Bandar Tasik Selatan..tukar KTM ke Kajang..from Kajang..ke Cheras..ana jumpa dentist..pastu cari makan..balik rumah..
Ahad..rehlah ke PD~ pastu sambung musafir ke Melaka..naik menara Taming Sari.. =)
Saturday, December 13, 2008
Update..update..update..
Update..update..update..
Dah lama rupanya ana tak update..seminggu lebih..nasib kamu la blog..hehehe..(sbnrnya belum sampai mood nak update..tp dah kena bambu habis-habisan dgn cik abg tuh..tak larat la nak dengaq..so update je la..)
Last entry 4hb kan..jadi, we'll start from 30hb Nov..
30-3 Dis ~ Ana join program easy add maths kat UKM..4 hari 3 malam..memang otak maths habis la..yg bestnya cuma dpt relax panjang selain kuliah yg menambah cepu di kepala..(tapi tetap tak dpt tandingi keseronokan mukhayyam lughawiy di UM dulu..)..kem ni cuma padat diisi dengan kuliah sepanjang hari dan makan semata-mata..tak ada riadah mahupun aktiviti luar..hmm, malas nak berkisah panjang..nak yg panjang, please proceed to Ijat Ariffin's Blog and Umi's..
7 Dis ~ Lepas Subuh, kami bertolak balik Kedah..setelah 2 tahun tak balik raya haji di Kedah..hehehe..(macam tiap2 tahun balik lak..ekceli, sebelum 2006 tu mmg da lama tak balik..thn lepas nak balik raya haji kat Kedah tp tak jadi..balik Kedah sebelum raya sebab dekat nak raya tu kami pindah ke Kajang..)..so tahun ni kami balik sebab..hmm..sebab nak balik sana lah..hehehe..
8 Dis ~ 'Eidul Adha..raya jgn tak raya..ada ketupat pulut..lopis..nasi tomato..dan macam2 lagi..meriah gak la..tp tahun lepas lagi meriah sebab uncle buat aqiqah (2 org cucu tok..Anis Maisarah dan Afiq Hilman..) dan korban..so ada kenduri..tp tak dapat balik..abang si Anis (Muaz) pun ada kat KL dgn kami time tu..haha..alhamdulillah, tahun ni dapat raya kat sana..petang raya tu pi rumah Mama Tok (tok Muaz belah ayah dia) makan laksa siam..sedap gak..kuah lemak..macam lontong..hehehe..first time makan laksa pelik..(pelik sebab first time)..selalu ana makan laksa yg tok buat ja..(sebab tak pedas..ana tak boleh makan pedas..)..balik dah maghrib..lepas isyak makan lagi..haha..tulah keja ana kalau balik Kedah..makan sokmo..(sampai abah nak sekolahkan ana kat Maahad Mahmud..bagi ana 'gemuk' sikit..tp tak dpt..)..tak dak rezeki kot..bila masuk SBP..berat ana turun 2 kg masa bulan puasa haritu..mungkin kata orang lain itu normal..tp bagi diri ana tak normal..berat ana selalu akan naik masa bulan puasa..bukan sebab makan banyak..tp sebab seronok kot..alhamdulillah..tp bulan puasa kat asrama..hmm..gastrik sokmo..(dan lain2 penyakit yg macam2..)..sedih bila dikenangkan..(tandanya tak seronok..sebab tu berat tak naik..turun lagi ada!)
9 Dis ~ Balik Kajang..Tok dgn Muaz ikut balik..arrived about 6.30 pm..
10 Dis ~ Girls time out..ana, angah, kak long, syuhada, wani, syafinaz..mula plan nak jalan2 je..pastu pi usha GSC..teringin lak nak tengok BOLT..pulak tu ada 3D..ingat nak tengok yg biasa je..pastu angah kata tambah seringgit dua je..so ana dgn kak long pi la beli ticket 3D tuh..sekali, mak aii..angah ni memang nak kena la..4 adults 2 children ~ RM 90..dah burn duit makan..haha..lepas movie pi makan Domino's..ana ada duit sikit..angah lak hutang duit makan dgn kak long dia..haha..(yg bestnya kat Domino's tu sup dia free refill..apa lagi..kak long order 2 mangkuk je..tp kami pi refill sampai 3 kali..so dapat la sorang semangkuk..haha..)
11 Dis ~ Muiz dgn Muaz nak pi Sungei Wang..ingat nak pi tengah hari..tp terpaksa tunda petang..jam 4 ptg..dpt berita..Tokteh dgn family nak dtg malam ni..so plan tu terbatal..(sebab jalan jem..)..apa lagi..sibuk la petang tu sampai ke malam..uncle dgn family pun on the way dr penang ke kajang..stay kat sini beberapa hari..tidur rumah ana..(abg sorang tuh sibuk dgn kenduri aqiqah anak buah dia kat pajak song..ana kat sini pun lebih kurang la gak..tak menang tangan..)..meja makan 8 org kat depan (living hall) dgn meja makan 6 org kat belakang (dining hall) penuh..tu pun tak cukup..haha..kat pajak song tu kenduri aqiqah anak buah abg Shauqi merangkap adik Kak Fifi, akak senior (yg paling rapat dgn ana) kat asrama..(nak kata rapat ke tidak..hmm..buktinya ana pantang masuk dorm Sumayyah..kalau Kak Fifi takde memang kena berambus cepat2 sebelum dia balik dorm..kalau dia ada..erk..alamat sangkut la jawabnya..gossip pasal pakteh..hehehe..)..malam tu tidur kepenatan..
12 Dis ~ Uncle bawak pi Aquaria KLCC..dah pulak tu..sama waktu dgn PC Fair..sesak la gak..tp kat Aquaria tak ramai orang..malam tu makan kat A&W Amcorp Mall..
13 Dis ~ Hari ni..hmm..jalan2 kat Alamanda..uncle and the gang pi tengok Bolt..ana dgn angah dah tengok..so kami dua orang jalan2 je la..makan nasi ayam kat food court dia..sedap la gak..lain kali boleh try..hehehe..
6.30 td sampai balik rumah..so saat ni..di sinilah ana..atas kerusi..depan PC..mengemaskini blog..
9:35 pm
Saujana Impian, Kajang.







